RATIB AL HADDAD
الراتب الشهير
للحبيب
عبد الله بن علوي الحداد
Rotib Haddad adalah Dzikir, Doa dan
Wirid Nabi Muhammad SAW. Dihimpun Oleh: Al Imam Al Quthub Al Habib Abdulloh Bin
Alawi Al-Haddad (1044-1132 H)Moga-moga Allah merahmatinya (Rahimahu Allahu
Ta’ala), Ratib ini terdiri dari 25 macam dzikir,.Dibaca sesudah sholat maghrib,
tapi diwaktu lain pun boleh.
يقول القارئ: الفَاتِحَة إِلَى
حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله
عليه وسلم - الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan
penolong kita Muhammad s.a.w
1. بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ
نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ
الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ.
آمِيْنِ
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan semesta
alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan
(hari Akhirat). Hanya engkau (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah
saja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. yaitu jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang
sesat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu
jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam
Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah
memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan
seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
2. اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ
هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي
السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ
بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ
بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
2. Allah, tiada
Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak
mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi.
Tiada siapapun yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan
izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah 2 al-Baqarah
Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99
buah hadits yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak
syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ
أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ
وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ
وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ
3. Rasulullah telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami
tidak membedakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain".
Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami mohon) ampunanMu wahai
Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali” (Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah,
memadai kepada seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung
dirinya.
4. لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا
إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ
تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا
إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ
تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
4. Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang yg diusahakan olehnya. Ia mendapat
pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak berdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh karena
itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.:
Apabila Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu
di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah
pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril
berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu
memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu
yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan
ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu
membacanya.
5. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ 3×.
5. Tiada Tuhan
Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu
Hurairah; Rasulullah s.a.w berkata, “Siapa membaca ayat ini seratus kali
sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan
dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng
dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ 3×.
6. Maha suci Allah,
segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha
Besar. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah
s.a.w bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, yaitu
tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeda yang mana aturannya apabila
engkau berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ 3×.
7. Maha suci Allah
segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat
pahalanya dan disukai oleh Allah ialah: 'SubhanAllah al-Azim dan 'SubhanAllah
wa bihamdihi.”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ 3×.
8. Ya Allah
ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi
Maha Penyayang. (3X)
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon
ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ 3×.
9. Ya Allah,
curakan sholawat atas nabi Muhammad, Ya Allah, curahkan sholawat atasnya dan
kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan
malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang
sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa
berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya
sepuluh kali.
10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ
التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ 3×.
10. Aku berlindung
dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Siapa yang membaca doa ini tiga kali, tidak akan malapetaka menimpa atasnya.”
11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ
يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ
الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ 3×
11. Dengan nama
Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi maupun di langit dapat
memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba
Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tidak akan
menimpa kesakitan dalam dirinyaa.”
12. رَضِيْنَـا بِاللهِ
رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا 3×.
12. Kami ridho
Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi
kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Siapa membaca ayat ini di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”
13. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ 3×.
13. Dengan Nama
Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah
kehendak Allah. (3X)
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Wahai Abu Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini
supaya ia membawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula
dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ
الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا 3×.
14. Kami beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan
dzohir. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang
bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama
orang yang tiada apa-apa dosa.”
15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا
وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا 3×.
15. Ya Tuhan kami,
maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami. (3X)
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas
mimbar dan menangis lalu beliau bersabda: Mintalah maaf dan kesehatan kepada
Allah, sebab setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripada
kesehatan
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon
keampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ
وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ 3×.
16. Wahai Tuhan
yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama
Islam . (7X)
Dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah
hadits bahawasanya siapa yang berdoa
dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti dikabulkan Allah.
17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ
إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ 3×.
17. Wahai Tuhan
yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang
yang zalim. (3X)
18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ
الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ 3×.
18. Semoga Allah
memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan
orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahwasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Tiada seorang mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak
bersamanya, melainkan akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ
يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا
خَبِيْرُ 3×.
19. Wahai Tuhan
Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup,
Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui
(3X)
Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad):
"Serulah nama “Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan;
kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya,
dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu."
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا
كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ 3×.
20. Wahai Tuhan
yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai
Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika
saya bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta
kerana segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang
Pemberi Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja
Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah
menggunakan sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah akan mengabulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan
memberi.
21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ
الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ 3×.
21. Aku memohon
ampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon ampunan Allah dari sekalian
kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon
ampunan Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah ampunan Tuhanmu,
kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani,
lagi Maha Pengasih”
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ 50×
22. Tiada Tuhan Melainkan Allah (50X)
Komentar tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La
ilaha illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka
jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
23. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ
وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا
أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Sholawat dan
Kesejahteraan atasnya dan keluarganya. Moga-moga dimuliakan, diperbesarkan, dan
diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meridhoi akan sekalian
keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi'in dan yang mengikuti mereka
dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga kita bersama
mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih daripada yang mengasihani.
24. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ
يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ 3×.
24. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi
tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan tidak ada siapapun yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri;
seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada
keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu
kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah
s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga
al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang
berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca
surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya
Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ
شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ
شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد.
25. Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku
berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan
makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan
daripada kejahatan malam apabila ia gelap gulita; dan daripada (ahli-ahli sihir)
yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang
yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”. Surah Al-Falaq
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda
menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda
menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda
dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu
lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ،
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ
النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang
Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi
Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan
hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang
lain dan membaca ayat-ayat ini saja.
اَلْفَاتِحَةَ, إِلَى رُوحِ
سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي
وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ
يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ
وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
Bacalah Al-fatihah kepada ruh Penghulu kita al-Faqih
al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya,
dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan
derajat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka,
rahasia-rahasia mereka, cahaya mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
اَلْفَاتِحَةَ, إِلَى أَرْوَاحِ
ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ
وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ - أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ
هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَة.
Bacalah al-fatihah kepada ruh-ruh Penghulu kita Ahli Ahli Sufi,
di mana saja ruh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah tinggikan
derajat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu
mereka, rahasia-rahasia mereka, cahaya mereka, dan golongkan kami bersama
mereka dalam keadaan baik dan afiah.
اَلْفَاتِحَةَ, إِلَى رُوْحِ
صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ
الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ
أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ
وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ
وَالآخِرَةِ.
Bacalah fatihah kepada ruh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad,
Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul
dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan
memberi kita manfaat dari mereka, rahasia-rahasia mereka, cahaya dan berkat
mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
اَلْفَاتِحَة, إِلَى كَافَّةِ
عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَيَغْفِرُ لَهُمْ
وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ
30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu
bapa kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah
mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahasia
rahasia dan barakah mereka.
ويدعو القارئ
Berdoalah disini apa yang di hajati. :
اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ
الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ
خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا
مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا
وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ
وَبُؤْسٍ وَضيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر
وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan
nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan
ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu
tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara
kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari
golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana
Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak
anak kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala
kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha
Pelindung dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh
kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ
رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ 3×.
32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan
syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka.
(3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn
Malik: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jikalau siapapun memohon kepada Allah untuk
syurga tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;”
dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu neraka pun
akan berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari neraka.”
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Tidak ada komentar:
Posting Komentar